Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

mouse

Blogger Widgets

Saturday, February 4, 2012

BAB 1: WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

  1.1 WANG

 A.  Pengertian Wang

Sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan

B. Ciri-Ciri Wang

1.   Diterima Umum sebagai alat perantaraan pertukaran.
2.  Penawaran terhad  iaitu tidak terlalu banyak hingga menjejaskan nilainya.
3.   Kestabilan nilai iaitu nilainya tidak mudah berubah.
4.   Tahan lama dan tidak mudah rosak
5.   Mudah dibawa iaitu bersaiz kecil dan ringan
6.  Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil bagi membolehkan urusniaga dijalankan dengan tepat.

C. Jenis-Jenis Wang

1. Duit Syiling
  • memudahkan aktiviti urusniaga yang melibatkan nilai muka kecil contoh 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

2. Wang kertas
  • dikeluarkan bergantung kepada rizab antarabangsa iaitu jumlah emas dan  pertukaran matawang asing.

3. Deposit semasa
  • kemudahan penggunaan cek
  • cek bukan wang sah

Nota Penting

Wang tanda
Nilai mukanya lebih tinggi daripada nilai bahan sebenar

Wang sah
Wang yang wajib diterima untuk sebarang pembayaran

D. Fungsi-Fungsi Wang

  1. Alat Perantaraan Pertukaran
·         Satu komoditi perantaraan pertukaran yang boleh diterima umum.
·         Contoh : Membeli sebuah jam dengan membayar harga jam tersebut.

  1. Alat Ukuran Nilai
·         ukuran seragam untuk nilai barang dan perkhidmatan
·          Contoh :Harga sebuah komputer adalah RM3,500.00        

  1. Alat Simpanan Nilai
·         sifatnya yang tahan lama
·         Contoh : Menyimpan wang di dalam bank

  1. Alat Bayaran Tertunda
  • Wang digunakan untuk membuat pembayaran pada masa hadapan.
  • Contoh : Membeli alat penyaman udara secara ansuran.     

E-APLIKASI

Penafian

Laman ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan, pandangan dan komen merupakan pendapat peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah, kesulitan atau kerosakan yang dialami pengguna laman blog ini. Mengambil, memuat turun, mencetak dan menyebarkan bahan yang terdapat dalam laman ini amat digalakkan dan dihargai demi kebaikan pengguna. Sebarang bentuk teguran dan pandangan amat dialu-alukan kepada kizama450@yahoo.com.